Assalamualaikum
Isteri Perdana Menteri , Puan Endon memang layak digelar wanita pertama Malaysia. Jika dibandingkan dengan Tun siti hasmah,dia
memang lebih aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti.
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kesungguhan beliau mempromosikan kembali kebaya nyonya yang hampir sahaja
pupus.
Setelah kempen singkatnya itu, TV3 bertindask pantas menjadi penyokong utama kempen ini.Lahirlah pelbagai pesta-pesta,kempen-kempen,pameran-pameran
dan pelbagai lagi aktiviti untuk mempromosikan kebaya nyonya.
Persoalannya , adakah patut disia-siakan wang yang begitu banyak untuk menghidupkan kembali pakaian yang ketat dan sememangnya
tidak mengikut lunas islam yang dikatakan syumul?
Adakah lebih elok jika dipromosikan tudung dan selendang di kalangan masyarakat kini ketika kerajaan sibuk menjalankan
Islam Hadhari?
Sekurang-kurangnya tidaklah menyajitkan mata para muslimin sekalian melihat rambut isteri-isteri pemimpin negara yang
kelihatan selesa berimej sebegitu?
Setelah datang Islam, maka agama sebelum Isalm semuanya terhapus.
Ini jelas di dalam Al-quran yang mana mengatakan bahawa Agama di sisi Allah ialah Islam !
Maka terhapuslah segala budaya yang bertentangan dengan Islam pada Umat islam.
Penulis mengambil dua contoh :
1. Sebelum islam , masyarakat Arab merayakn dua perayaan yang mana dirayakan dengan pesta maksiat. Allah telah menggantiakn
dua perayaan itu dengan Hari Raya Puasa dan Qurban
2. sebelum islam masyarakat arab menggunakn pelbagai nama samaran yang kadang kala tidak disukai oleh pemilik nama tersebut.
Setelah islam, Isalm melarang perbuatan tersebut, malah menggalakkan penganutnya memanggil dengan nama yang elok dan
menyenangkan.
ADAKAH WAJAR MENGHIDUPKAN KEMBALI BUDAYA JAHILLIAH MELAYU INI????
JAWAPANNYA : tepuk kepala tanya orang sebelah la